Monday, February 6, 2012

Tiada Parasit..

NONE
Gesaan Hasan Ali tak pengaruhi Pemuda PAS

Feb 6, 2012 Gesaan pembersihan "parasit" oleh bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dalam parti tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap PAS, kata Dewan Pemudanya.

Sebaliknya, menurut ketua dewan itu Nasrudin Hassan, perjuangannya berdasarkan prinsip Islam dan dasar-dasar parti.

Dr Hasan pada Sabtu menggesa Pemuda PAS dan golongan ulama dalam parti membersihkan PAS dari dalam dan dalam masa yang sama beliau akan berusaha daripada luar parti.

Golongan itu didakwa bukan ulama yang membawa PAS keluar dari landasannya.

Ditanya tentang kewujudan parasit itu, Nasrudin juga berkata tidak mengesannya. Mkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...