Tuesday, February 14, 2012

SBPA : Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan

Putrajaya hadapi pilihan sukar dengan rombakan bayaran kepada kakitangan kerajaan
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan apabila cuba untuk meredakan skim pembayaran kontroversi yang akan menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tapi majoriti 1.4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit yang akan memberikan kesan buruk terhadap parti pemerintahan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya mahu menyelesaikan pemulihan skim berkenaan yang dilihat hanya akan memberikan faedah kepada pegawai kanan kakitangan awam, yang dianggarkan seramai 2,000 daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.

Melalui skim itu, kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang tidak memperolehi kenaikan bayaran. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun.

“Kerajaan sedang menghadapi tekanan yang berat kerana kebanyakan pegawai kanan perkhidmatan awam telah mendatangani skim yang tidak memberikan keuntungan kepada semua pihak,” jelas sumber kepada The Malaysian Insider.

“Putrajaya telah membuat pengiraan dan menyaksikan kerajaan bakal menghadapi peningkatan kos sebanyak kira-kira RM2 bilion setahun sekiranya terus mengekalkan skim itu termasuk memberikan kenaikan kepada kakitangan bawahan. Itu jumlah yang cukup besar,” tambahnya.

Sumber lain menjelaskan peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen. “Pencen akan meningkat untuk mereka yang sudah bersara dan untuk mereka yang masih berada dalam perkhidmatan sekarang ini,” tambahnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu berkata kakitangan kerajaan harus menyerahkan perkara itu kepada kerajaan kerana pendapatan mereka akan meningkat di bawah SBPA dengan panel penyemak yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam. Panel terbabit, yang turut disertai Ceupacs, pelindung kepada kakitangan awam mempunyai tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan semakan mereka.

Cadangan berkenaan, yang menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70, telah menimbulkan kemarahan 1.4 juta kakitangan awam - kunci kemenangan kerajaan Barisan Nasional (BN) - dengan pilihan raya yang dijangka akan berlaku sebelum May 2013.

The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa skim itu dirangka tanpa penglibatan Ceupacs.

Difahamkan di bawah SBPA, 36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan.

Timbalan Presiden Cuepacs (I) Azih Muda telah mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider dan berkata menyatakan butir-butir itu dinyatakan pada pekeliling rasmi kerajaan.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim baru berkenaan berikutan mereka tidak di panggil untuk berunding. Pembangkang turut mengkritik kerjaan kerana membenarkan perbezaan jurangyang tinggi terhadap segmen yang berasingandalam kakitangan kerajaan.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, badan pelindung kakitangan awam itu telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memberikan pendapatan bagi mengatasi jurang berkenaan.

Pihaknya mendedahkan bahawa mereka akan membentangkan lima perkara dalam kertas cadangan mereka kepada pasukan khas SBPA pada 22 Febuari.

Lima tuntutan itu meminta semakan terhadap kadar pendapatan kakitagan awam pada gred 52 dan ke bawah, mengekalkan pegawai kanan pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM), mengakaji kadar gaji tertinggi, menyenaraikan kakitangan kerajaan yang layak untuk mendapat kenaikan gaji sehingga 13 peratus, dan mengkaji struktur kenaikan gaji untuk semua tahap.

Belanjawan 2012 juga memperuntukan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan awam atau 28 peratus daripada keseluruhan belanjawan, kenaikan sebanyak RM36.9 bilion daripada lima tahun lalu. MI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...