Monday, February 20, 2012

MP Balik Pulau tak tanding PRU jika rumah diroboh

yusmadi yusoff wangsa maju pkr pc on wee choo keong resignation
Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

Anggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah. Mkini

http://wartablogger.blogspot.com/2012/02/mp-balik-pulau-tak-tanding-pru-jika.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...