Thursday, January 26, 2012

Projek udang melibatkan pengambilan tanah rakyat...

Tangguh sementara projek udang di PermaisuriTangguh sementara projek udang di Permaisuri KUALA TERENGGANU- Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat mendesak kerajaan Terengganu menangguhkan sementara projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) di Setiu.\Penangguhan itu bertujuan bagi memberi tumpuan kepada keselamatan alam sekitar yang dikatakan menjejaskan kawasan berhampiran akibat pelaksanaan projek tersebut.

Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar mendakwa projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300 juta itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian menyeluruh.

Malah, katanya projek kolam udang berskala besar itu memberi kesan terhadap kawasan penempatan penduduk termasuk banjir yang dikatakan lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.

“Sebelum pelaksanaan projek i-SHARP sepenuhnya, syarikat yang bertanggungjawab memajukan kawasan itu perlu menyediakan kemudahan yang baik untuk memastikan kawasan selamat dengan menambah baik sistem pembuangan sisa dari kolamdan sistem perairan.

“Apabila menternak udang di kawasan itu, sisa daripada ternakan udang akan disalurkan kepada sungai dan akibatnya, sungai akan tercemar dengan bahan toksik,” ujarnya kepada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu baru-baru ini.

Selain itu, katanya air sungai yang tercemar dengan sisa buangan kolam udang akan menjadi toksik dan tercemar.

Menurutnya, projek tersebut turut memberi kesan kepada kemusnahan kawasan pembiakan hidupan laut, sangkar penternakan ikan penduduk tempatan terjejas, hakisan tanah serta masalah sosial akibat pengambilan buruh yang mungkin menggunakan khidmat buruh asing.

Beliau menjelaskan, projek i-SHARP tersebut dimajukan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Projek terbabit, katanya melibatkan keluasan 1,000 hektar atau 2,400 ekar tanah yang meliputi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampung Banggol di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri.

Zulkefly mendakwa selain hutan paya gelam kawasan tersebut turut melibatkan pengambilan tanah rakyat di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kubang Labi yang disediakan semasa kerajaan PAS Terengganu.

”Kita (PAS) tahu, walaupun projek itu mendapat sokongan Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA) tetapi ia tidak mengambil kira kajian menyeluruh oleh DEIA dan tidak mengambil pandangan semua pihak termasuk rakyat.

“Orang kampung bukan meneroka tanah kerajaan secara haram tetapi diusaha kan dengan lesen menduduki sementara (TOL) yang diberikan semasa kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) dahulu.

“Apabila bertukar kerajaan, lesen (TOL) tidak disambung semula tetapi orang kampung terus mengusahakan tanah dari tahun 2000 hingga 2009,” jelasnya.

Menurutnya, rakyat kehilangan tanah RTB dan sumber mata pencarian apabila kerajaan mengambil tanah di kawasan tersebut serta diserahkan kepada pemaju dengan taraf pajakan selama 30 tahun.

Beliau berkata, pihaknya bukan mengetepikan pem bangunan tetapi menegaskan sebarang bentuk kemajuan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil berat kesan terhadap alam sekitar termasuk segala perkara berkaitan kelangsungan hidup rakyat. -Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...