Saturday, January 14, 2012

Mane ada orang makan Nasi selama 54 tahun? + Video

SAYA SAYANGKAN MALAYSIA.
Sila tonton video dibawah ini jika anda benar benar sayangkan Malaysia, ia adalah sebuah penerangan tentang keadaan Malaysia sekarang dan masa depan kita, masa depan anak anak kita, masa depan Malaysia yang tercinta.

UBAH SEKARANG.

Mane ada orang makan Nasi selama 54 tahun? Kita ada pilihan kita boleh makan mee, maggi, roti, roti nan, tandoori, KFC, Pizza, Sub Way, Ulam, macam macam, kita ada pilihan, dan ia ditangan kita. Hanya kita sahaja yang boleh menentukan apa yang kita nak makan.

Diatas adalah perumpamaan yang sama dalam politik Malaysia, 54 tahun UMNO memimpin kita, kita dah bosan dengan rasuah UMNO, kita dah bosan dengan janji UMNO pada rakyat pada setiap PRU, kita dah bosan dengan kenyataan Najib Razak yangmembeli pengundi dengan duit, dengan tanah, dengan penipuan dan fitnah.

Tiba masa untuk kita sedar, lihat diri kita sekarang, adakah kita mahu anak anak kita, generasi akan datang kita lalui apa yang kita lalui kini? jika kini RM 50 adalah kegunaan harian untuk seorang yang bekerja, makan, minyak, tol, bayangkan anak anak kita satu hati nanti, jika kini RM2 atau RM5 kita berikan kepada mereka untuk duit ke sekolah bayangkan cucu cicit kita nanti, tidak mustahil mereka membawa RM 50 untuk ke sekolah satu hari nanti dan itu juga di anngap normal.

Saudara, bersama kita tumbangkan regim UMNO dan Barisan Nasional ini, mereka kata PAS sesat, PKR sesat, DAP semestinya Komunis, tapi adakah kita, diri kita sendiri benar benar kenal dengan PAS? PKR? DAP? atau selama ini memang hanya kita mendengar dari orang 3 yang mereka begitu?

Bagaimana kita ingin mengenali sesuatu? Islam mengajar kita berhijrah bersama sesuatu atau seseorang jika kita ingin kenali mereka, adakah kita kenal parti parti lain selain dari UMNO dan BN dari diri dan mata kepala kita sendiri, atau ada orang lain yang kenalkan kita?

Saudara, jika tidak sekarang 5 tahun lagi, 5 tahun lagi untuk Najib, Rosmah dan seluruh jentera UMNO akan memerintah Malaysia kita yang tercinta ini, bersama lah kita memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia, ia adalah seumpama membuka buku baru untuk Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Sekarang saksikanlah Video dibawah ini, dan renungkanlah masa depan Negara Malaysia ditangan ANDA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...