Petikan Dari Blogger UMNO.. Tanpa Sebarang Edit :
Saya masih teringat artikel Malaysian Insider 2 hari lepas dimana Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengaku pernah membeli undi dalam apa yang dipanggil sebagai ' strategi Bom ' , seperti memanggil-manggil suruh dicatat juga macamana pun...
“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,”
“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”
Yang buat saya pelik, disini kita ada seorang pemimpin Umno, bekas seorang Menteri Kanan Kerajaan secara terbuka, terang-terangan membuat pengakuan pernah memberi wang untuk membeli undi dengan wang tunai - Bukankah itu RASUAH ?
Rasanya rasuah ......... ke bukan ? Saya menunggu juga respon SPRM baik dari Pencegah Rasuah mahupun Pilihanraya ( kedua-duanya pakai akronim yang sama, kadang2 saya sendiri konfius ), tak kisahlah mana satu pun sebab pengakuan mamat ni berkaitan dengan bidangkuasa kedua-duanya.
Kenapa tidak kedua SPRM kita itu bertindak ? Kan senang kes ni , tak payah nak susah-susah pasang spy, tak payah buat operasi .... panggil je mamat ni kepejabat dan soalsiasat dia.
DIA DAH MENGAKU TUH !!! ??
Atau pengakuan saja tidak cukup untuk disiasat atau didakwa ? Pendakwaan pun senang - ' Awak dituduh memberi rasuah sepertimana pengakuan yang awak buat bla bla bla , awak mengaku salah ? '
Nah, kalau mamat ni mengaku salah, hukum jelah ! Kalau dia tak mengaku salah, maka Umno atau BN SAMAN dia kerana membuat fitnah, tak kiralah samada akhirnya dia didapati bersalah atau tidak oleh mahkamah. Kerana dari artikel diatas, Datuk Abdul Kadir secara terang dan jelas mengaku memberi rasuah secara membeli undi bagi pihak BN !
Mamat ni bukan rakyat biasa macam saya atau anda tapi bekas Menteri !
Saya baru belajar sesuatu yang baru tentang sistem perundangan kita, TIDAK CUKUP kalau kita sekadar mengaku terlibat rasuah. Tuduhan dan repot dari orang lain lebih kuat untuk memanggil pihak berkuasa buat siasatan. huh ?
Apakata Datuk Abdul Kadir pergi buat repot kat SPRM atau Balai Polis keatas diri sendiri kerana terlibat rasuah ? Merayu ..... menangis ..... minta disiasat. Bukankah itu tujuan membuat pengakuan kan ? Kalau tidak diambil tindakan juga, apakata Datuk pakat ngan Ambiga, buat demo besar-besaran MENUNTUT DIRI SENDIRI DISIASAT ! Pasti ramai akan sokong dan turut serta...