Thursday, January 19, 2012

"INI KALI LAH!"

JANGAN BUANG PELUANG SELAMATKAN SABAH?

Oleh : MEDIA STAR

“INI KALI LAH! Rakyat Sabah mesti bersatu padu tanpa mengira ideologi politik dan hendaklah mengambil peluang pada pilihanraya akan datang mengundi untuk membentuk Kerajaan Baru demi menyelamatkan Sabah daripada terus mengalami kerosakan dan kehancuran,” seru Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Timbalan Pengerusi, Parti STAR Wilayah Sabah.

“Bayangkanlah jika Perjanjian Malaysia telah dilaksanakan! Bayangkanlah jika 20-Perkara telah dipatuhi! Bayangkanlah jika Sabah telah berkuasa memungut hasil, dana pembangunan dan tarifnya! Bayangkanlah jika Sabah memungut hasil tidak kurang daripada RM15-20 bilion setiap tahun dan bukan RM3.6 bilion.”

"Bayangkanlah jika Sabah telah tidak menyerah sumber minyaknya ATAU mendapat lebih daripada 5% royalti minyak seperti kini! Bayangkanlah jika Sabah telah berkuasa mengawal immigresen, persempadanan dan keselamatan sendiri!”

"Sudah tentu Sabah akan lebih kaya dan baik berbanding dengan keadaan hari ini! Pasti bukan Negeri yang termiskin tetapi mampu bersaing dengan Brunei dan Singapura."

"Selama 48 tahun yang lalu, generasi tua kita mungkin kurang pengetahuan tentang hak-hak Negeri kita. Sementara golongan muda pula beranggapan silap tentang hak kita kerana telah dicuci minda oleh pengajaran sejarah yang tidak benar atau diputarbelit oleh pihak berkuasa mengenai niat asal pengasas Kemerdekaan Negeri kita dan tentang Perjanjian Malaysia yang menghasilkan pembentukan Malaysia.

Kita bersyukur kerana adanya pendedahan dan pembelajaran sejarah dan fakta benar yang telah disebarkan melalui Borneo Tea Party yang dianjurkan oleh United Borneo Front (UBF).

Pengerusi Pengasas UBF, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, serta pasukan penyelaras UBFnya yang penuh dedikasi, bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah memberi ilmu dan memperkasakan rakyat Sabah tentang hak-hak dan kemerdekaan Sabah serta memperjuangkan AGENDA BORNEO.

Rakyat jelata Sabah kini telah dibangkitkan daripada ketidakfahaman dan sedar akan hak-hak Negeri, sigat dipinggirkan dan ketidakadilan layanan kepada Sabah dan Sarawak melalui kempen mengadadaptasikan dan penerimaan Agenda Borneo.

Kini semua rakyat Sabah,meleputi semua lapisan samada yang tua, muda atau pertengahan usia sudah sedar dan mula memahami Agenda Borneo and isu hak-hak dan otonomi Negeri kita.

Kini, bukan sahaja rakyat Sabah hadir ke majlis Borneo Tea Party anjuran UBF di seluruh Sabah dan menyokong Agenda Borneo malah. Mereka juga penuh tuntutan menyokong penuntutan pengembalian dan pemulihan hak-hak dan autonomi Sabah.

Pada masa yang sama, ramai intelek muda kini tampil kedepan membantu menyebarkan UBF dan Agenda Borneo sekaligus turut membantu memberi pembelajaran dan ilmu kepada rakyat Sabah yang lain di kawasan-kawasan mereka.

Hasil usaha UBF, minat dan sokongan rakyat telah dibukti dan digambarkan pada kejayaan pelancaran Parti Reformasi Negeri (STAR) di Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Secara peribadi, kehadiran yang melebihi 5,000 penyokong bukanlah kaya pengukur kejayaan tetapi cara kehadiran mereka yang mengkagumkan,” jelaskan Awang Ahmad Sah.

“Bukan seperti parti-parti politik lain yang memanjakan penyokong dengan penyediaan pengangkutan, makanan, penginapan serta wang ringgit penyokong STAR dengan sendirinya, berkorban mengatur pengangkutan dan membeli makanan mereka sendiri,” tambahnya Awang.

Kami di Parti STAR, memperjuangkan 'Justice for Sabah' atau 'Keadilan untuk Sabah' serta hak-hak dan otonomi Negeri malah rakyat faham bahawa mereka adalah 'Stakeholder/Pemegang Amanah' kepada masa depan mereka dan anak cucu-cicit mereka.

Berkaitan perbelanjaan pelancaran parti sebenarnya penyokong yang hadir begitu memahami dan sanggup membantu parti dengan sumbangan mereka samada RM1, RM10 atau RM100 demi meringkankan bebanan kewangan kami di samping meningkatkan perpaduan kerjasama secara rohani dan jasmani serta kewangan, demi perjuangan untuk membina masa depan Sabah yang cerah.

Perjuangan STAR untuk Sabah dan masa depan generasi akan datang telah memikat hati dan minda rakyat Sabah, khasnya tanpa mengira bangsa atau agama.

Sokongan padu, sorakan gemuruh serta laungan "Kalau Bukan Kita Siapa Lagi, Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi" dan "Ini Kali Lah" yang mendebarkan semasa pelancaran Parti STAR di Sabah jelas dengan sendirinya menghantar mesej yang nyata.

Sejarah telah mengajar kita tentang kemenangan BERJAYA mengingkirkan USNO serta tumbangnya BERJAYA oleh PBS.

Kehadiran PATI dan PATAI (Pendatang Asing Tapi Ada IC) pemegang MyKad yang mencurigakan kesahihannya dan berhak mengundi, manipulasi persempadanan kawasan mengundi dan kehadiran pengundi hantu telah dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa telah banyak merugikan Negeri Sabah amnya dan anak negeri Sabah khasnya.

Kenapa kita harus menyokong dan membenarkan skim bentuk syaitan ini berterusan? Walaupun dilihat untuk menumbangkan UMNO/BN mungkin rumit, tapi bukan mustahil.

Melainkan UMNO di Sabah ditumbangkan dan ditukar dengan Kerajaan baru, gara-gara penjajahan Sabah oleh Kerajaan Persekutuan akan berterusan tanpa had dan jika tidak dibendung, kerosakan mungkin tidak boleh diperbaikki lagi.

Petronas dan Kerajaan Pusat memungut melebihi RM15 billion daripada sumber minyak Sabah manakala kita hanya menerima sekadar 5%. Sementara, pemimpin Sabah dikehendaki meminta dana pembangunan seperti meminta sedekah walaupun hanya beberapa billion ringgit.

Kita sepatutnya tidak merasa segan meminta dana pembangunan walau beberapa billion sekalipun sebab Kerajaan Persekutuan memungut melebihi RM36 Billion setahun daripada hasil, cukai dan dari sumber minyak kita.

Bayangkan, di Indonesia, Wilayah Provinsi Acheh berkuasa secara autonomi dan menerima 70% hasil daripada minyaknya. Di Sabah, kita seolah-olah dijajah dan hanya menerima 5% royalti minyak.

Di Persekutuan Rusia, republik-republik Islamnya menguasai sumber minyak mereka masing-masing melalui Kementerian Minyak sendirinya. Mereka juga berhak memeterai perjanjian dua-hala dengan Negara-negara lain sebagai sebuah Negara berkuasa mengurus sumber minyak mereka.

Walaupun Persekutuan Rusia bukan sebuah persekutuan Islam, ianya menegak keadilan mengurus sumber minyak mereka, sekurang-kurangnya mengikut amalan.

Suatu masa akan tiba bila sumber minyak kita habis kering, negeri Sabah akan menjadi tanggungan dan liabiliti kepada Kerajaan. Adakah masa itu, Sabah akan dicampak dan dikehendaki menjaga diri sendiri. Pada masa itu, mungkin sudah terlambat.

Parti STAR merayu kepada semua rakyat Sabah untuk menggunapakai apa yang tinggal, iaitu kebersatupaduan diantara semua rakyat Sabah yang selama ini tidak mengira bangsa atau agama.

Menggunakan perpaduan tersebut dan jangan membuangkan perluang keemasan ini pada pilihanraya akan dating demi menyokong hak-hak dan autonomi Sabah dan menukar Kerajaan.

"INI KALI LAH!"

Kekurangan, kemiskinan dan kelaparan tidak mengambil kira bangsa dan agama. Bukan akibat kuasa Tuhan tetapi oleh manusia yang tidak berkeperimanusiaan dan pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

Antara contoh yang bijaksana, seperti yang diperjuang dan diidamkan oleh Parti STAR, iaitu negeri Sabah akan dengan serta-merta meloncat menjadi negeri yang terkaya sekiranya royaltii minyak dinaik hingga 50% and Sabah berkuasa memungut hasil dan cukainya seperti terkandung di dalam Perkara 11 dalam 20-Perkara.

"PRU-13 mungkin peluang terakhir kita untuk menumbangkan UMNO dan BN di Sabah. Kita mesti bersatu dan ambil peluang keemasan ini untuk menumbangkan rejim UMNO/BN dan MENYELAMATKAN SABAH daripada kehancuran berterusan,” rayu Awang Ahmad Sah. - sabahkini.net

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...