Bersih kecam 'gengster' serang ceramah ABU
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan ganas ala gengster pihak tertentu mengganggu majlis ceramah Asal Bukan Umno (ABU) dan mencederakan salah seorang pesertanya, di sini kelmarin.
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan ganas ala gengster pihak tertentu mengganggu majlis ceramah Asal Bukan Umno (ABU) dan mencederakan salah seorang pesertanya, di sini kelmarin.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, Bersih 2.0 berkata, insiden terbaru ini memperingatkan taktik ganas dan kotor yang digunakan untuk menggagalkan persidangan prokemerdekaan Timor Timur (kini Timor Leste) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1996.
"Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," katanya.
Kenyataan Bersih 2.0 juga menegaskan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Daerah Shah Alam Zahedi Ayob, yang masing-masing mengetepikan dakwaan kecederaan dan memandang ringan keseriusan insiden, telah menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan bukti video menunjukkan majlis itu diserbu dan ada kecederaan ke atas salah seorang peserta.
"Penafian polis berhubung keseriusan tindakan ganas ke atas penganjur dan peserta seolah-olah merestui tindakan ganas yang berlaku," kata gabungan itu lagi.
Malah Bersih 2.0 juga berkata, kegagalan polis untuk bertindak segera dan proaktif akan mengundang pihak-pihak lain bertindak sedemikian pada masa akan datang.
"Bersih 2.0 menuntut Ketua Polis Negara menjalankan satu siasatan dengan segera dan menahan mereka yang bertindak ganas," katanya lagi.
Selain itu, Bersih 2.0 juga mahu kerajaan mengambil tindakan menghalang kejadian-kejadian yang sama, yang bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam., Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah ABU anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 23, 2012
(Gambar2 diatas sebagai Hiasan)
Baca >>ni No Plate Mereka.. dan Koleksi Video serta Gambar2 kejadian samseng UMNO ganggu ceramah di jalan kebun
(Gambar2 diatas sebagai Hiasan)
Baca >>ni No Plate Mereka.. dan Koleksi Video serta Gambar2 kejadian samseng UMNO ganggu ceramah di jalan kebun