Showing posts with label Skandal NFC. Show all posts
Showing posts with label Skandal NFC. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Zambri terlibat Ladang Fidlot Majung?

PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.

Wednesday, February 15, 2012

Beranikah Najib menurut kata-kata menterinya sendiri?

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Beranikah Datuk Seri Najib Razak menurut kata-kata dari dua Menterinya sendiri supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengembalikan RM250 juta dari wang yang digunakan dalam skandal lembu dan kondo Pusat Fidlot Nasional (NFC)?

Tuesday, February 14, 2012

Menteri akui keluarga Shahrizat terlibat skandal NFC

KUALA LUMPUR 14 Feb: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dengan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Monday, February 13, 2012

Dua lagi kondo berdekatan Kasino: Pendapatan keluarga Shahrizat perlu RM500k sebulan

Dua lagi kondo berdekatan Kasino: Pendapatan keluarga Shahrizat perlu RM500k sebulan
Rafizi Ramli telah memegang janji beliau dengan mendedahkan banyak lagi mengenai skandal RM250 juta NFC. Terdapat dua lagi kondo mewah yang dibeli oleh keluarga Shahrizat yang terletak di Marina Bay, berdekatan kasino dan bernilai lebih kurang RM 17 juta ringgit.

Sunday, February 12, 2012

Skandal lembu kondo NFC lebih besar belanjanya drp belanja sekolah Tamil seluruh negara

Skandal “lembu kondo” NFC yang melibatkan penyalahgunaan wang rakyat lebih RM250 juta adalah lebih besar jumlahnya dariapda peruntukan kerajaan kepada sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara.

Najib - “jangan paksa saya pecat kamu”


Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM

Thursday, February 9, 2012

Zuraida, Rafizi lantik kumpulan peguam hadapi Shahrizat


Saksi NFC sudah lama bersedia 

PETALING JAYA 8 Feb: Kesemua saksi yang bakal dipanggil berhubung skandal penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFC) sudah lama bersedia untuk tampil di mahkamah, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Wednesday, February 8, 2012

PKR Dedah Dua Lagi Kondo Mewah Milik Keluarga Shahrizat +Video


PETALING JAYA 8 FEB : Dua buah kondominium mewah dikenalpasti sebagai aset milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di negara jiran, Singapura.

Tuesday, February 7, 2012

Shahrizat dipanggil unt siasatan??

NONE
Siasatan peringkat akhir, Shahrizat mungkin dipanggil

Feb 7, 2012 Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu projek lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas kini sudah memasuki peringkat akhir.

Monday, February 6, 2012

Apakah dana NFC juga diseleweng Wanita Umno?


KUALA LUMPUR 6 Jan: Jingga 13 mempersoalkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dilihat cuba mengheret pergerakan wanita itu dalam skandal penyelewengan RM250 juta dana National Feedlot Corporation (NFCorp).

Shahrizat seperti cacing kepanasan

SHAH ALAM 6 Jan: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil disifatkan seperti cacing kepanasan apabila pelbagai pihak di dalam Umno kini menyerangnya berhubung skandal membabitkan National Feedlot Corporation (NFCorp).

Cuti Shahrizat patut dipanjangkan

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil patut terus terus bercuti ekoran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih belum membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kontroversi Pusat Fidlot National (NFC), kata Lim Kit Siang.

"Adakah Shahrizat sudah dibersihkan daripada sebarang ketidakaturan, penyelewengan, konflik kepentingan dalam skandal 'lembu kondo' NFC RM330 juta?

Friday, February 3, 2012

SPRM cuba musnah reputasi Shamsubahrin- Surendran

KUALA LUMPUR 3 Feb: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu mencemarkan reputasi saksi penting dalam kes skandal National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail.

PKR sambut kepulangan Shahrizat dengan pendedahan baru:

PKR: Lagi pendedahan sambut kepulangan Shahrizat
Feb 3, 2012 PKR akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu.

Wednesday, February 1, 2012

Tangkap suami Shahrizat segera

Tangkap suami Shahrizat segera, PKR membuat laporan kepada SPRM Kepimpinan PKR menuntut penangkapan serta-merta Salleh Ismail, suami kepada Menteri Umno Shahrizat Jalil, atas tuduhan rasuah ke atas pinjaman RM250 juta kerajaan yang diberikan bagi membangunkan projek pembiakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas.

Monday, January 30, 2012

Tiada jaminan peribadi dalam pinjaman kepada NFCorp, kata PAC

KUALA LUMPUR, 30 Jan - Tiada jaminan peribadi terlibat dalam pinjaman yang diberikan kerajaaan sebanyak RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp), lantas menimbulkan persoalan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) gagal, demikian menurut ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Parlimen.

Sunday, January 29, 2012

Suruhanjaya diraja akan ditubuh siasat kondo lembu, jika....

GOPENG, 29 JAN: Jika diberi mandate oleh rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru, Pakatan Rakyat akan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal RM336.64 juta “kondo lembu” NFC.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar telah bersetuju dengan cadangan beliau untuk mewujudkan RCI sebaik Pakatan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Jika Najib popular tubuh s'jaya diraja siasat NFC

Jika Najib popular tubuh s'jaya diraja siasat NFCKUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menggunakan populariti yang didakwa dimilikinya untuk bertegas menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Saturday, January 28, 2012

NFC: Najib perlahan, tidak telus dan tidak berani

NFC: Najib perlahan, tidak telus dan tidak berani TUMPAT- PAS menyifatkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat perlahan, tidak telus dan tidak berani dalam menyelesaikan isu penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ekoran itu, rakyat dapat menilai sama ada Najib benar-benar ikhlas untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

Noh Omar buka mulut tapi gagal jelas dakwaan salahguna dana

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar sejak akhir-akhir ini berjaya mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik dan dikatakan berkait rapat dengan impian beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas semula pentadbiran Negeri Selangor.

Semalam, sekali lagi beliau mendapat liputan hebat dengan memberi penjelasan tehadap skandal salah guna wang rakyat dalam projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana RM250 juta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...