PUTRAJAYA, 20 Jan — Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Karpal Singh atas dakwaan mengeluarkan kata-kata hasutan kepada Sultan Perak semasa krisis perlembagaan negeri itu pada 2009.