Showing posts with label Isytihar Harta. Show all posts
Showing posts with label Isytihar Harta. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Najib dahului menteri isytihar harta ???

KUALA LUMPUR 27 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mendahului menteri kabinet lain bagi mengisytihar harta beliau ekoran perbelanjaan mewah yang ditunjukkan isterinya, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Jui Meng diminta mengulas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mewajibkan menteri kabinet dan ahli keluarga mereka mengisytiharkan harta kepada badan itu.

Tuesday, January 24, 2012

DAP Melaka janji isytihar harta jika diberi peluang

DAP Melaka menyambut baik saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya setiap pemimpin di negara ini diwajibkan mengisytiharkan harta dan aset masing-masing kepada badan terbabit.

Ia bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan dan sebagai usaha memperlihatkan corak pentadbiran yang bersih di samping menyakinkan terhadap kepercayaan rakyat.

Ali Rustam: Isytihar harta perlu persetujuan semua

Jan 23, 2012 Pengisytiharan harta milik ahli UMNO kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergantung pada persetujuan semua pihak termasuk presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Monday, January 23, 2012

Menteri wajar isytihar harta kepada SPRM: Dr Mahathir

2012/01/23 KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nik Aziz sedia isytihar harta +Video

PENGKALAN CHEPA- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang menetapkan demikan.

Friday, January 20, 2012

Isytihar harta: Pemimpin harus berani berdepan dengan bahaya demi selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Walau pun pengisytiharan harta secara terbuka oleh menteri-menteri serta keluarga terdekat mungkin “membahayakan” bagi individu-individu tersebut, ia perlu dilakukan bagi menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban para pemimpin.

Keengganan penjawat awam isytihar harta bahayakan negara

DAP menggesa Barisan Nasional untuk mengambil pendekatan dwipartisan untuk menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam Malaysia dengan mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Walaupun pengisytiharan harta secara terbuka oleh menteri-menteri serta keluarga terdekat mungkin membahayakan bagi individu-individu tersebut, sebagai langkah pertama hanya mereka yang memegang jawatan awam harus mengisytiharkan harta secara terbuka.

Thursday, January 19, 2012

Kenapa Nazri takut kalau menteri 'bersih'?

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menolak cadangan supaya harta dan aset menteri dan ahli keluarga terdekat diisytiharkan dengan alasan tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka.

Wednesday, January 18, 2012

SPRM: Ahli keluarga menteri akan diwajib isytihar harta

azlanAhli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut portal berita the Star yang memetik pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh tindakan itu bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...