Saturday, December 31, 2011

Tuntut penjelasan kos kapal melambung RM3 bilion, Mari jumpa, banyak lagi saya nak tanya

 Mari jumpa, banyak lagi saya nak tanya – Tony PuaKUALA LUMPUR, 30 DIS – Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi telah memalukan dirinya sendiri kerana tidak tahu dari mana datangnya maklumat tentang enam kapal peronda pesisir pantai atau littoral combatant ships (frigate class) (LCS) yang melonjak kos daripada RM6 bilion kepada RM9 bilion.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, percubaan Zahid untuk mengalih isu itu gagal apabila beliau cuba mempersoalkan dari mana datangnya maklumat tersebut.

Katanya, Zahid tidak sedar bahawa semua fakta datangnya daripada Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia mengenai anak syarikatnya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang mendapat kontrak membina kapal-kapal berkenaan.

“Zahid sepatutnya lebih cekap dan berhenti dari bergantung kepada (pencacai siber UMNO) Papagomo sebagai penasihat perisikan beliau yang selalu memberi fakta separuh benar dan data-data mengarut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Zahid sepatutnya menjelaskan kepada rakyat kenapa kerajaan enggan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Parlimen untuk mengkaji semula dan meluluskan perbelanjaan pertahanan.

“Jika Kementerian (Pertahanan) tidak sanggup untuk dipantau di Parlimen, iaitu badan perundangan tertinggi negara, maka Zahid tidak mempunyai hak untuk bercakap tentang ‘ketelusan’,” katanya merujuk kepada kenyataan menteri itu sebelum ini yang mendakwa kementeriannya terbuka kepada ketelusan.

Pua berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Zahid semalam yang menjemput para pemimpin Pakatan Rakyat untuk duduk semeja bagi membincangkan isu pembelian enam kapal peronda LCS itu.

Katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Nurul Izzah Anwar dan Dr Dzulkefli Ahmad sentiasa bersedia untuk bertemu Zahid bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Zahid bukan sahaja patut memberikan penjelasan tentang kapal peronda melibatkan RM9 bilion itu tetapi juga mengenai 257 kenderaan berperisai (APV) bernilai RM7.55 bilion tahun ini.

“Dalam jawapan Parlimen beliau kepada saya berhubung APV itu, beliau mendakwa bahawa beliau ‘tidak tahu’ berkaitan butir-butir kos itu,” katanya.

Sebelum ini, Zahid juga telah mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk mencuba kapal selam Malaysia bagi membuktikan ia boleh menyelam. Namun Guan Eng terpaksa menunggu selama 21 bulan sebelum Zahid menunaikan janjinya sendiri. – Roketkini.com

Mari jumpa, banyak lagi saya nak tanya – Tony Pua

KUALA LUMPUR- Pemimpin Pakatan Rakyat sedia bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi bila-bila masa kerana banyak perkara yang mereka ingin tanyakan berhubung pembelian kelengkapan pertahanan negara.

Menjawab pelawaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin pembangkang untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan soal-soal pertahanan negara, mereka setuju untuk bertemu.

Anggota parlimen (AP) Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata beliau, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan anggota Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad adalah ‘lebih daripada bersedia’ untuk mendengar penjelasan beliau dalam beberapa pembelian pertahanan yang terlampau mahal.

Menjawab pelawaan Zahid, Pua berkata Menteri Pertahanan juga harus menjawab pembeliaan 257 APV (kereta tempur berperisai) pada harga RM7.55 bilion. Sebelum ini, Zahid berkata beliau tidak tahu apa-apa mengenai pembelian tersebut.

Lebih mencabar, Pua juga mendesak supaya Zahid memberikan jaminan bahawa kementeriannya adalah terbuka kepada ketelusan dan memberikan jawapan mengenai keengganan kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa parlimen to memantau dan memeriksa pembelian peralatan pertahanan yang dicadangkannya.

“Jika kementerian tersebut tidak sudi untuk dipantau oleh parlimen, badan legislatif negara, maka Zahid tidak hak untuk bercakap mengenai ketelusan,” kata Pua.

Terdahulunya, Pua mengesan kenaikan sebanyak 50 peratus, daripada RM6 bilion ke RM9 billion dalam pembelian harga kapal perang pesisir pantai (LCS) melalui pengumuman penerima tender pembinaan enam LCS Boustead Naval Shipyard (BNS) di Bursa Malaysia.

Pada bulan Februari yang lalu, Zahid sendiri yang mempertahankan pembelian LCS pada harga RM6 billion selepas Pua mendedahkan bahawa harga tersebut terlalu mahal.

Namun, tanpa meneliti kenyataan Pua, Zahid masih mencabar beliau untuk mengemukakan bukti dan menyoal “siapa yang memberikan bayangan bahawa harga pembelian LCS sudah meningkat” dan “Di mana beliau mendapat angka tersebut? Daripada Kua Kia Soong, bekas AP DAP?”.

Pada pendapat Zahid, pembangkang seharusnya tahu bahawa harga LCS yang mahal disebabkan kapal itu akan dibina di Malaysia.

"Harga itu juga termasuk nilai tambah seperti offset program, pemindahan teknologi dan tambahan pula harga kapal tidak tetap kerana ia belum termasuk harga sub sistem pada satu-satu kapal," katanya. -Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...