Showing posts with label Exco. Show all posts
Showing posts with label Exco. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Hadi: Tengok juga siapa bawah MB

NONEPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan parti itu hilang portfolio agama Selangor apabila ia kini diletakkan terus bawah Menteri Mesar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, pihaknya masih berperanan besar apabila menteri Besar melantik ADUN Bangi Dr Shafie Abu daripada PAS sebagai pembantu exco agama, lapor Harakahdaily.

Monday, January 23, 2012

Tindakan MB ambil alih portfolio Islam bijak, kata Khalid Samad


KUALA LUMPUR, 23 Jan — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan akhbar Berita Harian terhadap tindakan Menteri Besar Selangor mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam adalah tidak berasas.

Saturday, January 21, 2012

Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ruang perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola.

Friday, January 20, 2012

AMK: Portfolio agama diberi perhatian khusus kerana serangan Umno-BN

SHAH ALAM 20 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyokong keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih portfolio agama dari Exco terdahulu, kata ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco baru, Saifullah berkata, beliau yakin keputusan itu hasil pertimbangan dan perbincangan yang mengambilkira pelbagai aspek.

Jenis UMNO bukan faham soal menghormati keputusan rakyat.

Penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor
20 Jan 2012 Sekembali saya ke tanah air setelah berada di Saudi Arabia selama 16 hari, maka saya dapati beberapa perkembangan menarik sedang berlaku.

Oleh itu, saya ingin mengupas secara ringkas beberapa perkara yang saya akan mulakan dengan penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Thursday, January 19, 2012

Exco Agama Selangor - "baru bertemu buku dengan ruas"

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin.

Wednesday, January 18, 2012

Pengganti Hassan Ali mengangkat sumpah


Dr Ahmad Yunus Hairi Dilantik Exco Selangor


SHAH ALAM, 18 JANUARI : ADUN Sijangkang Dr Yunus Hairi dilantik menjadi exco Selangor. Beliau mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...