Monday, September 26, 2011

Ni Pengakuan Bekas Polis, Timb KPN tolong faham!!! Filem Bkt Kepong patut di HARAMKAN + Video


TERUS mempertahankan kenyataan kontroversinya bahawa Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British”, Mohamad mendedahkan peranan polis waktu itu seperti yang ditulis dalam buku Pemburu Bintang Tiga karya Syed Osman Syed Omar. 

Syed Osman seorang polis yang matanya buta kerana cedera diserang hendap komunis.

Dalam buku itu, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.


Di samping itu tugas mereka, dakwanya, adalah mengintip dan mencari orang yang menentang British.

“Saya syorkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, tolong baca buku ini supaya dia faham apa perbezaan mata-mata British dan Polis Malaysia sekarang ini.

“Bila negara telah mencapai kemerdekaan polis tidak lagi menjaga estet dan lombong sebaliknya menjaga keselamatan rakyat, perlembagaan dan bertugas sebagai pasukan profesional,” katanya. 

Sekarang ini katanya jika disebut sahaja nama orang yang dianggap kiri terus dilebal sebagai komunis.

Tetapi Umno yang berhubung dengan Parti Komunis China tidak apa pula.

Setelah diserang bertubutubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu. Laksamana Bukit Bintang 

ABDULLAH C.D. KOMEN TENTANG FILEM BUKIT KEPUNG

Kampung Perdamaian Sukhirin, 23 September 2011 – “Filem Bukit Kepung patut diharamkan”, demikian kata Abdullah C.D., Pengasas Rejimen Ke-10.

Pandangan ini dibuat ketika beliau menjawab soalan mengenai laporan akhbar Utusan Melayu menuduh Mat Indera sebagai “pengganas”.

Mat Indera terlibat dalam satu serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepung dalam tahun 1950.

Ditanya tentang Mat Sabu yang mencetuskan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, Pak Abdullah berkata, “Mat Sabu berkata benar. Dia tau sejarah dan dia berani membongkarnya.

“Mat Indra melawan British. Dia benci penjajah, mana boleh jadi pengganas?”

Seterusnya pejuang kemerdekaan ini menceritakan tentang riwayat Mat Indera sebagai guru agama dan ketua kesatuan buruh.

“Dia aktif dalam gerakan buruh dan dalam PKMM. Setelah darurat, dia pimpin pasukan Rejimen Ke-10 bahagian Johor.”

Menyebut tentang Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula, beliau telah menyingkap satu lipatan dalam sejarah yang tidak pernah terdapat dalam mana-mana buku teks.

“Setelah penjajah British menolak perlembagaan rakyat dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu, saya, Doktor dan Boestamam telah adakan pertemuan sulit di Kuala Lumpur. Kami bincang tentang soal perjuangan kemerdekaan ketika itu. Keputusannya, saya dan Boestamam akan ambil jalan bersenjata, dan Doktor bergerak di luar” .

Pak Abdullah pernah menjadi Setiausaha KMM Cawangan Lambor. Setelah KMM diharamkan Jepun, beliau menyertai PKM dan memimpin pasukan lasykar rakyat di kawasan Lambor dan sekitar Sungai Perak.

Apabila PKMM didirikan pada tahun 1945, beliau terpilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat. Dalam masa sama, beliau memimpin Jabatan Kerja Melayu. Hingga dalam usianya yang sudah lanjut, Abdullah C.D. terus bermustautin bersama-sama dengan rakan seperjuangannya di Kampung Perdamaian Sukhirin di Selatan Thailand. - matamin02.blogspot.com 

BRITISH KEJAM.

Suka dera budak2 tanah melayu. Lihat bawah neh ;
 
Tengok kesian pakcik neh. Umur 12 tahun dah disuruh jaga mat indera. Pakcik neh sekarang umur 71 tahun pada tahun 2011. Ringkasnya begini ;

Umur pakcik = 71tahun = 2011
Umur pakcik jaga mat indera = 12tahun = 1952
Umur pakcik tengok mat indera dihukum mati = 17tahun = 1957

Mesti british ugut agar mat indera dibunuh bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada ketika itu. British menganggap mat indera kejam sebab tue dia suruh budak2 jaga mat indera. Kalau mat indera nak bunuh maka budak melayu larh yang kena bunuh. So british gunakan perang saiko untuk desak mat indera yang berilmu ghaib 20saat dan boleh berdiri di dinding guna tangan bagi melemahkan mat indera. 

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/09/bukti-british-hamba-abdikan-kanak2.html#ixzz1Z5TnNKo2 

Panazz!!! Video Penuh Forum Rakyat - Penjajah & Kemerdekaan, Ahli Panel : Hj Mat Sabu, Datuk Paduka Hj Husam, Prof Dato' Dr Mohd Abu Bakar

Forum Rakyat - Penjajah & Kemerdekaan
Bertempat : di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu
Pada : 25-9-2011
Moderator : Prof Dr Abu Hassan
Ahli Panel : Hj Mat Sabu, Datuk Paduka Hj Husam, Prof Dato' Dr Mohd Abu Bakar















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...